Sunday, December 12, 2010

PENENANG JIWA (KEUTAMAAN SOLAT)

BAB 48 - KEUTAMAAN SOLAT

ALLAH SWT berfirman : 

"...sesungguhnya solat itu diperlukan atas orang-orang mukmin pada waktunya.

RASULULLAH SAW bersabda : 

"Solat lima(5) waktu diwajibkan Allah atas hamba-hamba-Nya. Sesiapa
 melakukannya dan tidak mensia-siakan sesuatu darinya kerana
 meremehkan haknya, maka untuknya di sisi Allah ada janji bahawa
 akan memasukkan dia ke Syurga."

RASULULLAH SAW bersabda : 

"Solat lima(5) waktu ibarat sungai tawar dan segar di depan salah
 seorang kamu, ia berwudhuk di situ setiap hari lima kali. Apakah
 engkau lihat kotorannya masih tertinggal?" Mereka menjawab,
 "Tidak ada kotoran sedikit pun."

RASULULLAH bersabda : 

"Kunci Syurga itu solat."

         Dan baginda bersabda lagi :
          "Allah SWT tidak mewajibkan pada makhluknya setelah tauhid
           yang lebih disukai-Nya daripada solat. Kalau ada sesuatu yang
           lebih disukai-Nya, tentu para Malaikat akan beribadah dengannya,
           Maka setengah mereka rukuk, setengahnya sujud, setebgahnya
           berdiri dan duduk."



Praktikal Solat Berjemaah