Tuesday, December 14, 2010

PENENANG JIWA (FADHILAT SOLAT)

BAB 63 - FADHILAT SOLAT

RASULULLAH SAW bersabda : 

"Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seseorang
 hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua(2) rakaat."

      Muhamad bin Sirin berkata, "Jika disuruh pilih antara Syurga dan dua
rakaat, aku pilih dua rakaat itu. Kerana di antara keduanya terdapat redha 
Allah SWT sedang di Syurga terdapat keredhaan-Ku" dikatakan, 
Sesungguhnya ketika Allah SWT menciptakan tujuh petala langit, 
Dia memerintahkan  agar para Malaikat beribadah dengan solat. 
Mereka tidak lengah sesaat pun. Maka setiap ahli langit mempunyai satu macam ibadah. Sesetengah mereka ada yang berdiri diatas kakinya sampai ditiup sangka kala. 
Setengah mereka ada yang rukuk,ada yang sujud dan ada pula yang meniarapkan sayapnya kerana Allah Azza Wa Jalla. Sedang ahli "Illiyyin dan ahli Arasy berwuquf dan tawaf di sekitar Arasy,menyucikan dengan memuji Tuhannya serta memohonkan ampun untuk manusia di bumiAllah menjadikan semua itu dalam suatu solat demi kemuliaan orang-orang mukmin. 
Sehingga untuk mereka diberi kelebihan Al-Quran yang dibacakannya.

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib,mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang  Kami berikan kepada mereka."
  
       "Dan dirikanlah solat,"   

       "Dan dirikanlah solat,"   

       "Dan dirikanlah solat,"